Subhanallah Dulu dia Ketua Bagi Kerja Untuk Merobohkan Masjid Babri Tapi Kini Shive Prasad Sujud Pada Yang Maha Esa.

Subhanallah. Dulu dia mengepalai 4,000 pengikutnya merobohkan Masjid Babri, kini Shive Prasad bersujud kepada Allah.

Pada 6 Disember 1992, Shive Prasad, ketua parti politik Hindu iaitu Bajrang Dal bersama 4,000 pengikutnya bertindak merobohkan Masjid Babri di Ayodhaya sambil melaungkan ‘Ram Ram’ sebagai tanda kejayaan merobohkan masjid itu.

Tepat 7 tahun selepas insiden Shive Prasad bersama pengikutnya merobohkan masjid tempat bersujudnya Muslim untuk menyembah Pencipta Tunggal, Allah Subhana Wa Ta’ala, Shive Prasad turut serta sujud menyembah Allah Subhana Wa Ta’ala dengan memeluk Islam pada 6 Disember 1999 dan menukarkan namanya kepada Mohammed Mustafa. Allahuakbar.

Andai seorang individu yang pernah merobohkan rumah Allah dan membenci Islam seperti Shive Prasad aka Mohammed Mustafa boleh dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala, InshaAllah saya percaya individu seperti @hindraf aka Waytha Moorthy juga boleh memeluk Islam.

Walaupun beliau menuduh kononnya bangsa India dipaksa tanpa rela untuk memeluk Islam andai ingin bekerja dengan kerajaan atau mendapat tajaan, maka mungkin juga suatu hari beliau akan ‘terpaksa’ dengan rela untuk memeluk Islam apabila minda dan hatinya terbuka.

Tiada yang mustahil kerana jikalau mereka yang pernah membenci dan memusuhi Islam seperti Umar Ibn Khattab, Abu Sufian, Amir Ibn Al-Aas, Khalid bin Walid dan Shive Prasad boleh memeluk Islam, InshaAllah InshaAllah InshaAllah, Waytha Moorthy dan mereka yang berada di dalam Hindraf atau yang menyokongnya juga boleh memeluk Islam anda mereka membuta mata dan hati mereka.

Jom kita doakan agar mereka membuka mata dan hati dan dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.

Allahuma Ameen.

Sumber : Firdaus Wong Wai Hung (Official) via SepatuPutih.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*