Subhanallah, Kisah Gadis Berniqab Bermata Biru Dihina “Hey Perempuan, Tak Perlu Lah Pakai Tudung”

Subhanallah – Cerita Benar seorang Niqabis Bermata Biru Perancis.

Bhai kali ni kita kongsi cerita tentang Niqabis Perancis yang amat menakjubkan , ini semua akibat dari usaha Dakwah yang dibuat secara berterusan disana.

Aku masih ingat akan peristiwa bagaimana ratusan orang ramai menunggu kedatangan Syeikh Yunus iaitu Amir Jemaah Dakwah Tabligh dari negara Perancis. Aku akhirnya berjaya memeluk Syeikh Yunus di Ijtimak Tongi beberapa tahun dahulu.

Amir Syeikh Yunus adalah merupakan orang yang pertama di Perancis yang telah mengambil kerja agama, banyak cerita dan peristiwa yang sangat hebat tentang Syeikh Yunus, ribuan manusia lelaki dan perempuan tuan serta muda telah kembali kepada cara hidup beragama dan telah memeluk Islam ditangannya.

Perkara yang sangat menarik tentang Syeikh Yunus Amir Perancis ini ialah kerana orangnya tersangat elok rupa paras dan akhlaknya, kita yang lelaki melihat pun boleh jatuh kasih sayang bila bersohbah dengannya.

Allahuakhbar, cantik nya Usaha Agama.

Ceritanya :

Seorang wanita yang berniqab sedang beratur di Kaunter bayaran disebuah Gedung beli belah di kota Paris untuk membayar barangan yang dibeli, bila sampai di Kaunter wanita tadi meletak kan barangan yang dibeli dikaunter tersebut.

Penjaga Kaunter bayaran yg bertugas ialah seorang wanita berketurunan Arab yg tidak menutup aurat dan dia mememandang dengan pandangan yang jelek serta hina dan memperlekeh kan wanita berniqab tadi sambil membaling barangan yg dibeli oleh wanita tadi kedalam beg plastik.

Wanita berniqab tadi dengan tenang membetulkan barangan yg dicampak oleh penjaga Kaunter.

Keadaan ini menambahkan lagi kemarahan penjaga Kaunter dan oleh kerana tidak dapat menahan kemarahan maka penjaga Kaunter tadi telah berkata…

” Hey perempuan bertudung, kamu tak perlu lah memakai tudung dan berjilbab hitam seperti yg kamu pakai ini disini, kamu tak perlu pamer kan dan tunjuk kan agama kamu, Negara kami ada banyak masalah dengan orang orang seperti kamu, kalau kamu nak pakai pakaian seperti ini kamu balik lah ke negara asal kamu”

Mendengar kata kata kasar penjaga Kaunter wanita berniqab tadi terus berhenti memasuk kan barangan nya kedalam beg lalu memandang kearah Penjaga Kaunter sambil membuka Niqab yang dipakai…

Masyallah…!!!

Perempuan yang berniqab tadi adalah seorang perempuam Kulit Putih bermata biru dengan paras rupa yang sangat cantik sehingga menyebabkan semua orang yang berada dalam barisan kaunter pembayaran terdiam.

Wanita Kulit Putih tadi telah berkata dengan lembut kepada Penjaga Kaunter tadi…

” Perancis ini adalah Tanahair ku dan Islam adalah Agama ku, Bapa ku adalah lelaki asal Perancis dan ibu ku juga adalah wanita asal Perancis bukan keturunan pendatang seperti kamu.

” Kamu telah menjual Agama kamu maka Kami telah membelinya”

Sambil membayar harga barangan yang dibeli tanpa mengambil duit baki perempuan Kulit Putih tadi beredar sambil berkata…

” Peliharalah Agama kamu sebelum kamu ditanya oleh Allah di Yaumul Masyhar”

Suasana menjadi senyap dan hening bening seketika dan penjaga Kaunter tersebut tertunduk dan terdiam.

Allahuakhbar…

Psst : Wajah wajah tersembunyi dibalik Niqab adalah wajah wajah terpelihara….

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : FB Ali Zaik Bin Ibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*