“Sudahlah Dengan Iklan Jom Jadi Putih, Jom Besarkan Payud@ra” – Dr. Amalina Bakri.

Doktor selebriti, Dr. Amalina Bakri berasa kesal dengan kebanyakkan iklan produk kesihatan dan kosmetik di Malaysia. Perkara itu diluah Amalina menerusi beberapa status di akaun Twitter miliknya. Amalina menyatakan bahawa ramai wanita di Malaysia masih terperangkap dengan anggapan mereka akan ditinggalkan suami jika tidak menjaga kecantikan dalaman.

“Sudah-sudahlah dengan iklan jom jadi putih, jom besarkan payudara, jom rapatkan vagina, jom makan jamu kalau tak suami lari.

“It’s very demeaning to women and patronising, and ladies you let them to do that to you?

“Bila nak bangkit dari mimpi di siang hari?” tulisnya.

Selain itu, Amalina turut berpendapat bahawa kaum lelaki turut harus menjaga kebersihan dan kecantikan dalaman. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi positif dan menyokong kenyataan Amalina. Kembara Amalina bermula apabila dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2004 dan memperoleh tajaan Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.

Amalina, 31, merupakan graduan University of Cambridge dan telah meraih pelbagai pengiktirafan di pelbagai universiti terkemuka antarabangsa. Dr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana idola Malaysia ini jelas sekali bukan saja bijak, malah gaya fesyennya juga membuatkan ramai anak muda terpesona.

Sudah lebih kurang 14 tahun tinggal di luar negara, pasti ramai yang ingin mengenali personaliti hebat ini. Kejayaannya mendapat keputusan cemerlang 17 A1 dalam SPM sehingga kini masih menjadi bualan masyarakat. Kalau korang nak kenal lebih rapat dengan Dr. Amalina ni, berikut merupakan soalan-soalan yang diambil daripada Ask Me Question di ruangan Instagram story miliknya.

Siapa yang tak kenal dengan Nur Amalina Che Bakri? Pencapaian cemerlangnya dengan memperoleh 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2004 sangat membanggakan negara.

Digelar sebagai pelajar pintar, Amalina telah membuktikan kebolehannya dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi idola buat pelajar di sekolah-sekolah tempatan. Beberapa tahun berlalu, kini Amalina telah berjaya memperoleh ijazah berkembar iaitu Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah Perubatan dari Universiti Edinburgh Scotland.

Dr Amalina yang kini berusia 30 tahun sedang menjalani surgical trainee di The Royal College of Surgeon, England bercita-cita untuk menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik, lapor Nona.

Disebalik semua ini, namanya kini disebut-sebut namun bukan atas kejayaan yang diperolehnya tetapi oleh kerana kontroversi mengenai perubahan drastik yang berlaku terhadap dirinya! Eh apa pulak yang Amalina lakukan kali ini?

Baru-baru ini tersebarnya gambar terbaru Amalina dengan imej yang dikatakan ala-ala Kim Kardashian. Iye ke macam Kim K?

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*