Susah Senang I Hanya You Je Tahu, Zaquan Adha Tujukan Ucapan Sweet Sempena Hari Lahir Isteri

Zaquan Adha merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama-sama pasangan kembarnya Aidil Zafuan. Dia mula mewakili skuad remaja Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berusia 18 tahun, Zaquan telah dilamar untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan bagi kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Zaquan bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pada musim 2005, Zaquan diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga dia digandingkan bersama penyerang sensasi Negeri Sembilan Christian Bekamenga sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia. Pada musim 2007/08, Zaquan berjaya menjaringkan 11 gol sekaligus menjadikannya penjaring kedua terbanyak Negeri Sembilan pada musim tersebut.

Pada musim 2009, Zaquan membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia. Dia menjaringkan 10 gol dalam 11 penampilan pada kejohanan itu.

Pelakon Ayu Raudhah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34 hari ini.

Suaminya, pemain bola sepak Malaysia, iaitu Mohd Zaquan Adha mendedikasikan ucapan khas terhadap Ayu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Happy birthday my lovely wife..Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.

“Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang,” tulis Zaquan.

Pada tahun 2004, Zaquan mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia bimbingan K. Rajagopal pada kejohanan Piala Belia Asia 2004. Tahun berikutnya, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Belia ASEAN di Palembang, Indonesia. Zaquan menjadi penjaring terbanyak kejohanan ini dengan 9 gol. Pada kelayakan Piala Belia Asia 2006, dia menjaringkan dua gol penting ketika menewaskan Myanmar pada pusingan kelayakan sekaligus melayakkan Malaysia pada kejohanan Piala Belia Asia 2006 di India. Namun, dia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut setelah mengalami kecederaan.

Zaquan mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007 dimana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1 dan dia menjaringkan 3 gol pada kejohanan tersebut. Zaquan kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara bola sepak buat kali pertama sejak 1999. Pada tahun 2008, Zaquan sekali lagi mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua yang berlangsung di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Zaquan membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu Bahrain pada kelayakan Piala Dunia 2010. Pada tahun 2008, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Zaquan hampir berjaya menembusi gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea. Zaquan menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan utama kebangsaan ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Zaquan turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Ayu dan mendoakan semoga kebahagiaan keluarga mereka kekal.

“@ptriisyah: Happy birthday kak ayu @ayuraudhah_7.”

“@rhmt.zack: Semoga kekal bahagia dengan @ayuraudhah_7 dan panjang umur. Amin.”

“@natashanordean: Happy birthday Ayu. Semoga bahagia dunia akhirat.”

“@aina_hasanah07: Semoga kalian sekeluarga dirahmatinya @zaqone_08 @ayuraudhah_7.”

Zaquan dan Ayu mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Sekadar info, perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan Malaysia menentang Vietnam bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : gempakk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*