Syafiq Farhain Dendangkan Lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta Memang Merdu Habis

Lagu Perpisahan yang kau pinta yang baru baru ini tular di media sosial dek kerana penyanyi/peserta kegemaran ramai iaitu Zamani Ibrahim yang gagal melontarkan suara nya kerana difahamkan tidak sihat.

Kerinduan peminat melihat Zamani mendendangkan lagu ini jelas kelihatan, namun rancangan Gegar Vaganza musim kelima sudah berakhir dan Zamani mendapat tempat ketiga.

‘tidak mendapat tempat pertama pun takpe, Zamani sentiasa berada tempat pertama dihati hati kami’ – Netizen

Fakta Menarik Mengenai Syafiq Farhain :

1. Selain menyanyi, beliau juga merupakan anggota bomba dan penyelamat, bertugas di cawangan Putrajaya. Sebelum ini pernah berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Johor Bahru.

2. Selain bergelar penyanyi solo, beliau juga adalah vokalis kepada kumpulan muzik ‘Fire Fingers JDT’ yang dianggotai oleh beberapa anggota bomba yang lain. Kumpulan ini aktif menerima undangan untuk majlis-majlis berkaitan bomba, termasuk acara korporat dan kenduri kahwin.

3. Seorang pencinta haiwan terutamanya kucing.

4. Aktif menyanyi di aplikasi Smule sejak hujung tahun 2016. Antara lagu covernya yang mendapat perhatian ramai seperti Suci Dalam Debu, Mimpi Yang Pulang, Luhur dan Warisan.

5. Mempunyai cita-cita untuk merakamkan single duet bersama bapanya, penyanyi lagenda Saleem Iklim.

Terbaru, Syafiq Farhain mendendangkan lagu ini sambil duduk. Jom lihat dan hayati nyanyian nya:

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : IG ir.farhan88

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*