Connect with us

ISU SEMASA

‘Taati Pemerintah Selagi Tidak Membawa Kpd Dosa’,Mufti Perlis Mula Berbicara Dan Ada Kaitan PM Baru

Published

on

Perletakan jawatan bekas perdana menteri Dr. Mahathir secara tiba-tiba telah membawa kepada kemeIut poIitik, pembentukan kerajaan baru serta perebutan jawatan nombor satu negara itu sejak seminggu lalu.

Selepas semua ahli parlimen melalui proses ‘temuduga’ bersama Agong, Muhyiddin Yassin akhirnya sah dilantik menjadi perdana menteri pada 29 Februari lalu.

Kerajaan PH akhirnya tumbang selepas 21 bulan memerintah. Pelbagai pihak mula membuat telahan, pendapat dan persepsi termasuk PH yang mengatakan kerajaan baru yang dibentuk ini melalui ‘pintu belakang’ serta perlantikan Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8 adalah kerana pengkhiianatan.

Sementara itu, Mufti Perli Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menulis pandangan beliau tentang cerita pertukaran kerajaan ini dari sudut pemahaman agama.

Berikut perkongsian beliau;

TAATI PEMERINTAH SELAGI TIDAK MEMBAWA KEPADA D0SA DAN ZALlM

1) Setelah seorang pemimpin itu memperolehi kuasa, dia ditaati dan dipatuhi sehinggalah terbukti dia menyuruh kepada perkara d0sa atau zaIim. Selagi tidak berlaku, kita wajib mentaati pemerintah sekalipun kita tidak suka. Sabda Nabi s.a.w:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

” Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksi4t. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksi4t maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2) Pemerintah yang baru dilantik yang belum melakukan apa-apa tindakan yang d0sa dalam urus tadbir dan pemerintahannya adalah tidak wajar ditentang sehinggalah hal sebaliknya berlaku.

Hanya orang yang buruk jiwanya mengandaikan d0sa yang belum berlaku. Juga hanya orang yang tamak kuasa ingin meruntuhkan sebuah pemerintahan yang belum atau tidak menzaIimi umat atau rakyat atau bersekongkol dengan kaum yang memusuhi agama ALLAH.

3) Kita baharu sahaja mendapat PM yang baharu setelah satu tempoh krisis yang meresahkan sekelian rakyat. Berilah ruang untuk beliau menguruskan negara terlebih dahulu.

Pandanglah masa depan. Jika beliau berbuat zaIim maka kita akan berperanan membantah kezaIiman. Jika tidak, kewajipan kita mentaati dan menyokong usaha-usaha beliau.

4) Marilah kita mengingati hadis Nabi s.a.w:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَأَنْ تَنَاصَحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ

” Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya.

(ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).

Juga sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zaIim, atau ketua yang zaIim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih).

5) Harapan kita kepada YAB PM yang baharu lantiklah anggota kabinet yang berwibawa, amanah dan bersih dari korupsi serta salahguna kuasa.

Jauhi kepimpinan negara dari anggota yang tercemar dengan rasu4h dan salahguna kuasa. Dengan demikian, dengan izin ALLAH keadilan dan kemakmuran akan dapat dibina.

Semoga ALLAH merahmati negara kita.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Dr Maza

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily