ISU SEMASA
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu

“VIRUS (Covid-19) ini adalah cara Allah mengingatkan kita, bahawa ada kuasa yang lebih besar.”
Itu kata seniwati, Fauziah Nawi dalam video yang dimuat naik artis versatil, Ifa Raziah ketika bertandang ke rumah pelakon itu bagi menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas.
Dalam video itu, Fauziah meminta masyarakat supaya bertenang dan bersama-sama membantu pihak berkuasa untuk menjaga keharmonian dan keselamatan.
“Kita tenangkan hati dan bersama-sama bantu menjaga keharmonian dan keselamatan negara dengan duduk di rumah. Andai kata terputus bekalan makanan, minta bantuan kerana saya yakin, orang Malaysia tak kejam,” katanya.
Fauziah juga meminta maaf kepada semua pihak sekiranya dia ada tersalah kata dan menyakitkan hati sesiapa.
“Saya nak minta maaf kepada semua. Kalau ada apa-apa yang saya kongsikan di media sosial, saya tak pernah nak mengata atau apa. Minta maaf kalau saya atau kawan-kawan ada menyakitkan hati sesiapa.
“Tapi, saya rasa tak perlulah sehingga memaki hamun. Saya orang tua dan ada melakukan kesilapan,” katanya.
Fauziah juga mengambil peluang itu untuk mengucapkan terima kasih kepada Ifa yang menghulurkan sumbangan.
“Sepanjang hidup saya daripada zaman kecil, saya bukan jenis ada menyimpan stok makanan dan sebagainya. Tapi, di usia 67 tahun ini, saya ada stok makanan dan rezeki.
“Terima kasih kepada Ifa. Kalau ada orang yang berfikir bahawa semua pelakon itu banyak duit, sebenarnya, tak semuanya begitu.
“Saya hormat kepada semua anak seni yang ada dalam bidang masing-masing. Artis itu tak hanya pelakon dan penyanyi, tapi termasuk juga mereka yang berkarya menghasilkan karya-karya seni,” katanya.
Ifa bersama suami membantu mengagihkan sumbangan barangan keperluan asas kepada golongan artis terutama artis veteran sejak Jumaat lalu dan tindakannya itu mendapat sokongan baik daripada banyak pihak.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Harian Metro
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak
-
Skodeng Artis3 years ago
‘Artis Juga Sebahagian Rakyat Malaysia’ – Mohon Bantuan Khusus Artis