Connect with us

viral

Tengku Hassanal Malu Dicium Bonda, Reaksinya Menarik Perhatian Rakyat

Published

on

Anakanda KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong yang juga merupakan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Semasa Istiadat  Perbarisan Tamat Latihan Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingd0m, hampir seluruh ahli keluarga Diraja itu hadir memberi sokongan serta menyambut putera sulung KDYMM Agong dan Permaisuri.

Tamat latihan ketenteraan

Tengku Hassanal, 24 yang menjadi dambaan setiap rakyat kerana berperibadi sama seperti ayahanda dan bondanya dilihat begitu bersemangat di Istiadat tersebut dan perkara itu dikongsikan oleh bondanya, iaitu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Twitter.

Malu2 nak cium bonda depan orang

Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah satu perkongsian video yang diperoleh menerusi Instagram HouseofPahang iaitu reaksi teruja Permaisuri Agong apabila anakandanya menamatkan latihan tersebut.

Dengan selamba, Tunku Azizah ingin mencium Tengku Hassanal dikhalayak ramai namun putera raja itu seakan malu-malu. Walau bagaimanapun, baginda tetap mencium bondanya dan video rakaman tersebut tular.

Bonda suka mengusik

Tengku Hassanal sempat menyembah hormat bondanya dan membuatkan Tunku Azizah menarik hidung putera tersayang dengan manja sebelum tersenyum bangga.

Perkongsian tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai dan meninggalkan komen diruangan Instagram itu. Rata-rata mengakui terhibur dengan keletah comel kerabat Diraja ini yang penuh dengan kasih-sayang.

” kiss.. kiss”…”taknak.. taknak.. “

 

Ulang2 tengok, comel jerr

So sweet

Malu tu kiss mommy

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Lawak Santa

Sumber : HouseofPahang, Cheminahsayang via Kisah Dunia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Rimbabara Daily