Semasa
Terkini Enam anggota polis positif Covid-19

KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan enam anggotanya positif Covid-19 dan 335 ahli keluarga masih menunggu ujian saringan kesihatan.
Beliau berkata, perkara itu memperlihatkan risiko yang perlu ditanggung anggotanya dalam menjalankan tugas ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19.
“Sehingga hari ini enam anggota saya positif Covid-19… kita terus beri galakkan dan semangat kepada anggota untuk bersemangat melaksanakan tugas,” katanya dalam satu temubual eksklusif di Astro Awani, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari keempat hari ini, menunjukkan orang ramai semakin mematuhi peraturan ditetapkan dengan mengehadkan pergerakan mereka.
Menurutnya, walaupun ada segelintir masyarakat yang masih menjalankan aktiviti di luar, pihaknya masih memberi nasihat sebelum tindakan tegas dilakukan.
“Kita terus tidak putus asa, masih lagi dalam tahap mahu menyedarkan, memujuk rayu, berbagai taktik dan teknik digunakan anggota, kepada masyarakat,” katanya.
Polis sebelum ini melancarkan Op Covid-19 pada 18 Mac lalu, dengan menjalankan ratusan sekatan jalan raya dan pemantauan, bagi memastikan rakyat mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan, bagi mengatasi penyebaran wabak virus Covid-19.
Sumber: Harian Metro
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak