Semasa
Terkini Kita ada ubat untuk rawatan Covid-19

SEMASA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan boleh digunakan untuk rawatan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekalan ubat itu sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan semakan dengan pangkalan data produk berkenaan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Covid-19.
“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terbabit dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial Covid-19’ yang mana ubat kajian itu akan digunakan.
“NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin.
“Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat berkenaan daripada pembekal,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Menurutnya, dalam situasi pandemik Covid-19, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.
“KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak