Terkini Pengakuan Gadis Ini Terhadap Gambar Bersama Aliff Aziz, Tanda Tanya Ini Sudah Terjawab

GADIS didakwa berusia 16 tahun yang tular selepas gambar kurang sopan bersama penyanyi Aliff Aziz tersebar menegaskan mereka tidak membuat perkara terkutuk seperti yang didakwa warganet.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Nismel mengaku ada merakamkan gambar terbabit selepas mengenali penyanyi itu di sebuah pesta tertutup.

“Saya mengaku walaupun merakam gambar bersama Alif, saya tak ada buat apapun. Saya kenal Alif ketika pesta tertutup. Saya masih tahu batas.

“Semua ini berpunca kerana dengki sehingga gambar itu menjadi pencetus gosip. Sampai saya buat live pun mereka rakam sebab iri hati saya bergambar dengan artis dan memburukkan saya,” tulisnya.

Dikecam teruk netizen, Nismel tampil memohon maaf kepada orang ramai dan menjelaskan perkara sebenar.

“Saya minta maaf hingga jadi kes sebesar ini. Saya tak tahu macam mana nak betulkan semua ini.

“Apa yang berlaku ini berpunca daripada kawan yang dengki hingga muat naik macam-macam. Kalau nak tahu kebenaran boleh tanya Alif sendiri,” tulisnya.

Terdahulu Aliff didakwa curang buat kali ketiga selepas gambarnya berswafoto dengan tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular hari ini.

Selain gambar, turut tersebar ialah satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.

Pada 2017, Aliff mencetus kontroversi apabila berlaku curang dengan keluar berhibur bersama pelakon Afifah Nasir di pusat karaoke.

Februari lalu, Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose seperti didedahkan Bella.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

Kita kembali lagi dlm rancangan ketuk2 kepala bana aliff aziz musim ketiga….di tv 2

16thun kjap 17thun. Feninggg arr… Umo belas2, ghoper mcm 25thun. Lg nk on sana on sni.

Bawangers… Assemble..Ada betul jg ckp pompuan tu, mustahil lh dia ON, muka pecah cam tu, xkan alip ajis mau langgar lg.. Kucing pn tau beza bangkai dn ikan segar..

“Tetamu tak masuk kalau kita tak buka pintu” Rumahtangga kita takkan ada masalah org ketiga klu org ketiga tu sendiri tak “dijemput” masuk dlm hidup kita.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share Ariana Rose.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*