Tiba-Tiba Bini Call Cakap Denyutan Jantung Baby Lemah. Dr Say Dedah Apa Yang Terjadi Kepada Isteri

Isteri pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril, Dr Azura Abas selamat melahirkan putera sulungnya pada jam 1:19 petang tadi.

Bayi seberat 3.3 Kg itu dilahirkan secara pembedahan di Subang Jaya Medical Center (SJMC) hari ini.

Dr. Say juga turut memuat naik foto yang merakamkan dirinya sedang memangku anak lelakinya sambil tersenyum sebentar tadi.

Menerusi entri berkenaan juga, Dr. Say berkongsi detik cemas yang dialami sebelum isteri kesayangannya bersalin.

“ Alhamdulillah, I Am Now A Father… Masa pergi ANC semalam, pakar sakit puan saya beritahu baby akan keluar Khamis atau Jumaat ni.

“ Saya pun okay lah, maka saya pergi shooting iklan harini thinking everything is gonna be fine. Sejam lepas saya sampai location shooting, bini call cakap “ubby tadi I buang air pastu I dengar bunyi “Pop” pastu kaki I basah”.

“ Air ketuban bini pecah, shooting about to start, saya watak utama maka tak boleh nak ciao. Saya tenangkan diri sebab berdasarkan pengalaman kedoktoran, selalu 1st baby akan keluar almbat.

“ Tapi hati masih resah dan nasib baik bini ada kat rumah mak dia, maka mak mertua dan adik- beradik ipar saya bawa bini ke hospital.

“ Tiba-tiba bini call balik, kali ni dia cakap “ubby CTG baby ada deceleration deep gila (denyutan jantung baby lemah) dan macam nak kena push tuk cesar.”

“ Terduduk saya dibuatnye bang. Kali ni memang saya tak simpan, saya beritahu director yang “I gotta go”. Memandangkan part saya nak habis, kami proceed lelaju dan terus saya pecut ke hospital.

“ Sesampainya di hospital, bini masih dalam operation theater maka saya masuk je ke OT ingin bertanye status bini.

“ Muncul pakar sakit puan saya menerangkan segala apa yang berlaku. Rupa-rupanya denyutan jantung baby jadi lemah disebabkan tali pusat teramat ketat di sekeliling lehernya.

“ Nasib baik bini akur tuk cesar secepat mungkin coz jika dibiarkan, tak tahu apa yang akan terjadi kepada baby kami.

“ Alhamdulillah 1.19pm 5.5.19 bini saya selamat melahirkan our 1st baby boy seberat 3.3kg. No words can describe how I’m feeling right now peeps.

“ We are so blessed and so lucky with this miraculous gift from Ilahi. Thank u sooo much for all of ur warm wishes and du’a peeps. I am now a DADDY!” kongsinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*