Semasa
Tuanku Agong, Saya Dan Anak Buat Sendiri Semua, Cuci Dan Kemas Bilik – Raja Permaisuri

” Hanya kami sahaja di atas , tidak ada pelayan atau bodyguard. Tuanku agong, saya dan anak buat sendiri semua, cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk sebab pernah ada kontak dengan mereka yang posit1ve.”
Demikian perkongsian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menceritakan keadaan terkini dan aktiviti seharian baginda selepas 5 hari menjalani kuarantin di istana.
Ia susulan proses saringan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 7 kakitangan Istana Negara dijangk1ti COVlD-I9 di mana Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong perlu menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari.
” Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri mendoakan semoga wab4k ini akan dihapuskan oleh Allah swt. Staff istana sudah 16 orang yang posit1ve dan mereka sedang menerima rawatan.
” Alhamdulillah kami yang lain negat1ve, patuh arahan doctor dan saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing. Lambai dari jauh saja. Kami tidak di benarkan melawat dan juga tidak ada sesiapa di benarkan naik keatas istana.
” Alhamdulillah kami semua okay, dah buat banyak test dan negat1ve!.
Dalam pada itu Tunku Azizah turut mendoakan pekerja istana dan bodyguard yang posit1ve agar segera sembuh. Baginda juga bertitah buat masa ini mereka perlu patuh kepada arahan kuarantin dan hanya dibenarkan keluar bilik pada 9 April.
Permaisuri minta rakyat jangan degil
” Kepada semua rakyat malaysia, kami hanya boleh keluar bilik on April 9th selepas buat swab test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga, begitu juga dengan semua staff istana.
” Jom kita semua sama-sama menghapuskan wab4k ini dari terus merebak. Duduk di rumah, jangan keluar dan JANGAN DEGIL. Ini tanggungjawab kita semua walaupun kita serah kepada Allah swt, kita juga di tuntut berikhtiar.
” Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yang complain, semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa saja yang saya pesan”, titah Tunku Azizah.
Sementar itu dalam entri berlainan, Permaisuri Agong turut memuatnaik beberapa perkongsian aktiviti seharian baginda sepanjang tempoh kuarantin yang mencuri tumpuan warganet.
Masak sendiri ketika tempoh kuarantin
Selain meluahkan rasa rindu terhadap anak-anak yang tinggal berjauhan, baginda turut berkongsi menu masakan ringkas yang dimasak sendiri.
” Ini saja lah saya boleh masak dipantry atas, bahan lain takde. Thank you Rizalman kerana beri idea, sedap sangat”, tulis Tunku Azizah
Rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur selepas mendengar luahan terbaru dari Permaisuri Agong itu yang menyatakan keadaan terkini di istana.
Paling melegakan apabila mengetahui baginda dan YDP Agong serta anak-anak dalam keadaan sihat dan ujian menunjukkan mereka bebas dari virvs COVlD-I9.
” Alhamdulillah seronok tengok tuanku YDPA dan RPA tadarus ramai-ramai. Semoga kita semua dilindungi dari penyak1t COVlD-I9 dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala sebelum ramadhan menjelang tiba” tulis Nadia
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: MU
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak