Tujuh Artis Popular Ini Pernah Bertunang Tapi Jodoh Tak Panjang, Terputus di Tengah Jalan

Setakat kecewa akibat cinta itu perkara biasa. Ada juga yang kata, daripada berkahwin pun entah ke mana, bagus juga awal-awal lagi putus tunang.

Sedap bunyinya! Apabila sudah beranak pinak baru nak bercerai, molek juga berpisah sebelum dapat anak. Senang, tak menyusahkan banyak pihak.

Cakap memang senang, tetapi kalau kena atas batu jemala sendiri, tahulah bagaimana rasanya! Namun, kata-kata begitu yang selalu disebut apabila berlakunya putus cinta, tunang atau perceraian.

Adat mulut, kalau tak bercakap tidak sah sifatnya.

Sama dengan putus cinta, terlerainya ikatan pertunangan atau perkahwinan boleh terjadi kepada sesiapa. Cuma apabila melibatkan nama popular, ia meledak kuat sampai jadi muka depan akhbar. Di sini disenaraikan 6 selebriti popular yang pernah bertunang tapi putus ditengah jalan.

1) Cristina Suzanne

Untuk makluman anda, Crissie yang pernah menyertai program Pilih Kasih 2 mula dikenali melalui drama bersiri Bicara Hati. Baru-baru ini juga Crissie membintangi filem KIL dan digandingkan bersama Redza Minhat. Cristina atau lebih mesra disapa Crissie pula telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan ibunya pada 13 Oktober 2013

Bagaimanapun Crissie dilihat tidak menggembar-gemburkan pertunangannya itu di laman sosial, malah tidak ada sebarang petunjuk diberikan di Twitter miliknya. Pelakon berusia 28 tahun ini kelihatan ayu mengenakan pakaian warna kuning berlabuci sambil duduk di atas pelamin yang turut dihias cantik.

Ikut perancangan Crissie sepatutnya berkahwin dengan kenalan lamanya itu pada bulan Januari tahun 2014, namun jodoh tidah kesampain.

Beliau tampil memberikan kenyataan yang mengakui hubungannya dengan seorang ahli perniagaan dari Kuantan itu sudah berakhir dan ikatan pertunangan antara mereka sudah lagi tiada, namun beliau enggan mendedahkan bila tarikh putus tunang itu berlaku.

Cristina Suzanne enggan berkongsi punca sebenar putusnya pertunangan yang dibina kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

2) Shah Jaszlee

Shah Jaszle dan Redzwani Puteri difahamakan telah bertunang pada Disember 2012 . Kemudian timbul knotroversi tentang status pertunangan mereka selepas Shah Jaszle terpalit isu tangkap khalwaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Shah menulis kepada Redzwani yang menyebut bahawa hubungan mereka telah berakhir dengan cara baik dan mereka masih berkawan.

“ Kita putus dengan cara baik sebelum ini dan saya tak nak orang lain cakap buruk fasal awak dan saya. Sebab kita berdua masih berkawan,” tulis Shah Jaszle. Mereka difahamkan putus tunang pada 2013.

3) Sufian Suhaimi & Elfira Loy

Akur jodoh dengan Elfira Loy tidak kesampaian, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya tampil mengesahkan ikatan pertunangan mereka putus mengikut adat.

Sufian memberitahu, bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin datang memulangkan cincin pertunangan kepada keluarganya di Muar, Johor, semalam.

” Semuanya selesai penuh adat. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang peduli mengenai kami dan yang mendoakan baik-baik untuk kami,” katanya

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober 2017. Jika mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya disatukan, awal tahun ini. Sufian berkata, dia enggan memanjangkan cerita mengenai kisah pertunangannya yang putus kerana percaya jodoh mereka hanya sampai setakat itu.

4) Uqasha Senrose & Pekin

“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini.”

Terdahulu, Pekin dan Uqasha pernah intim pada Februari 2013 sebelum akhirnya bertunang pada 6 Julai 2013. Namun hubungan itu berakhir apabila mereka nekad memutuskan pertunangan pada bulan Februari tahun berikutnya.

Terdahulu Pekin pernah menuduh punca hubungan mereka putus disebabkan sikap Uqasha yang curang dan menjalin hubungan dengan Shahnaz Ahmad pada masa itu, namun Uqasha menafikannya.

“ Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca dari sikap kasar dan panas barannya. Walaupun dia tidak pernah memukul saya tetapi dia sering memarahi dan memutus hubungan kami. Selang lima minit kemudian dia akan memujuk saya semula”

5) Hans Isaac

Bukan pasangan muda sahaja, Datuk Hans Isaac dan Gab­rielle Robinson juga melalui detik hitam bersama.

Mereka bertunang pada 29 Januari 2017 di Singapura dan sepatutnya berkahwin pada 29 Julai tahun sama, namun, selepas ditunda atas sebab yang tidak begitu dijelaskan, Hans mengumumkan pembatalan perkahwinan mereka Oktober 2017.

” Sakit itu ada lagi. Saya kecewa kerana setelah saya membuka pintu hati untuk serius dalam hubungan tetapi perkara tersebut tidak menjadi. Saya terpaksa memutuskan hubungan kerana pihak sana tidak memberi seratus peratus komitmen seperti yang telah saya berikan” luah Hans Isaac

6) Nasha Aziz

Pertunangan antara aktres yang juga peragawati popular, Nasha Aziz dengan Pengarah Fotografi, Helmi Mohd. Yusof, antara yang mendapat perhatian. Hubungan mereka tidak mampu diselamatkan, bertunang pada 4 Jun 2006 dan putus pada Januari 2008.

Menurut Hamidi, Nasha dan Helmi bersetuju memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang pertengkaran besar. Malah ahli keluarga kedua-dua belah pihak pula menyifatkan keputusan itu dibuat kerana tiada jodoh antara keduanya.

Nasha,37 tahun dan Helmi, 29, bertunang pada 4 Jun 2006 dan dijadual melangsungkan perkahwinan sekitar Julai 2007.

7) Awie Dan Erra

Sekitar tahun 90an, Awie dan Erra Fazira merupakan gandingan filem paling popular, mempunyai jumlah peminat yang ramai dan semuanya seakan sempurna apabila mereka bercinta. Erra dan Awie kemudian mengikat tali pertunanganpada Oktober 1997.

” Tiada siapa yang meminta perpisahan. Malah perpisahan adalah sesuatu yang cukup perit untuk dilalui tetapi itulah hakikat yang saya hadapi kini,” ujarnya sambil air mata berlinang di kelopak matanya.

Menurut bekas Ratu Cantik Malaysia awal tahun 90-an ini juga, dia menerima apa yang sudah ditakdirkan kepadanya sebagai ketentuan olehnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: Newscoviral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*