Tunku Azizah Bertitah Mewakili Al-Sultan Abdullah Dan Ini Punca Kenapa Baginda Tidak Hadir

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji sebanyak tiga kali dan melalui pelbagai peringkat kemudahan serta ke­selesaan.

Menurut Raja Permaisuri A­gong, kali pertama menunaikan ibadah haji ketika ber­umur 15 tahun yang disifatkan sebagai haji ‘ekonomi’.

“ Ketika itu tidak ada hotel, duduk di rumah ‘sheikh’, ba­suh baju sendiri serta tidur di atas lantai dan keliling Kaabah masih lagi tanah dan mimbar yang tinggi dengan sedikit marmar untuk tawaf dan sai,” titah Raja Permaisuri Agong.

Tunku Azizah bertitah, kali kedua menunaikan haji ialah pada 1992 yang disifatkan sebagai kelas perniagaan kerana sudah ada hotel dan lebih selesa.

Kali ketiga, titah Permaisuri Agong: “ Ketika itu duduk di istana di atas bukit yang beta sifatkan first class dan Hari Raya Haji pula jatuh pada 1 Januari 2007.

“ Jadi beta sudah rasa duduk rumah sheikh, business class dan kemudiannya first class malah bersyukur kerana bermula dari bawah,” titah Raja Permaisuri Agong.

Terdahulu Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Kompleks Tabung Haji Sepang di sini bagi mengucapkan selamat jalan kepada 483 jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci, hari ini.

Tunku Azizah tiba di kompleks itu pada 10.30 pagi di­iringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof dan disambut Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussen Qattan dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Mohammed Nor Md. Yusof.

Ketika bertitah Tunku Azizah memaklumkan, baginda me­wakili Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak dapat hadir kerana gering di bahagian buku lali dan dinasihatkan doktor untuk berehat.

“ Beta ingin sampaikan salam Tuanku yang turut minta maaf kerana tidak dapat hadir pada pagi ini atas faktor kesihatan, baginda sampaikan ucapan tahniah kepada semua bakal haji yang terpilih untuk jadi tetamu Allah pada hari ini,” titah baginda.

Sejak pertabalan Al-Sultan Abdullah sebagai YDP Agong, kelibat baginda dan Tunku Azizah sering mencuri tumpuan warganet. Apa sahaja aksi bersahaja mereka pastinya menjadi buah mulut antaranya beratur membeli makanan di KFC dan makan menggunakan tangan di khalayak ramai.

Malah terdahulu Tunku Azizah juga berkongsi tips makan durian menggunakan camca dan garfu yang tular di media sosial.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*