Video Comel 21 Ekor anak itik mengikut seorang lelaki yang disangka sangka Ibu mereka.

Secara am nya, kita akan menjadi kucing, anjing, burung mahupun arnab sebagai haiwan peliharaan. Membela itik di rumah bukanlah satu perkara yang kerap kali dilihat. Namun berbeza dengan lelaki ini, itik pula menjadi sebagai binatang peliharaan.

(Video Penuh dibawah)

Sebaik sahaja menonton video lelaki ini bersama itik-itik peliharaannya, anda pasti teruja untuk menjadikan binatang ini sebagai peneman baru anda di rumah. Sejak anak-anak itik ini menetas, lelaki ini telah memberikan sepenuh kasih sayang dan penjagaan yang rapi kepada haiwan-haiwan comel itu.

Dia menjaga bagai menatang minyak yang penuh sekali gus membuatkan anak itik ini menyangka lelaki itu adalah ibu mereka. Buktinya, apabila orang lain cuba untuk memanggil anak-anak itik itu, tiada seekor pun yang mempedulikannya.

Tetapi, tanpa perlu usaha yang berlebihan dan hanya berjalan, kesemua itik itu mengekori lelaki ini dengan taat. Pasti anak-anak itik ini seronok tinggal di dalam rumah yang bersih, lapang dan selesa ini. Comel sungguh! Seronok rasanya melihat lelaki ini dikelilingi itik-itik yang jinak.

VIDEO :

Sumber : Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*