Video kekechallenge Johan paling rare, kereta bergerak sendiri.

Jika sebelum ini tular pelbagai jenis cabaran (challenge) sehingga menjadi ikutan pengguna media sosial, yang terbaru #inmyfeelingschallenge pula mendapat perhatian ramai netizen.

Sejak semalam, beratus ribu video dimuat naik menggunakan hashtag #inmyfeelings dan #inmyfeelingschallenge di laman sosial Instagram yang memaparkan beberapa individu menari di luar kereta sedang bergerak.

Bagaimanapun, beberapa selebriti Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada trend dan ‘berjoget’ di luar kereta.

Antara yang paling awal menyahut cabaran menari berlatar belakangkan lagu berjudul In My Feelings nyanyian penyanyi antarabangsa popular Drake itu ialah pelakon Fatin Afeefa, Hafidz Roshdi dan isteri kepada aktor Aliff Aziz, Bella Astilah.

VIDEO :

Terbaru, Johan juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai #inmyfeelingschallenge ini. Terkenal dengan gaya ‘masuk air’ dan gurauannya, Johan menghasilkan video yang kelihatan lain dari yang lain dari artis-artis sebelum ini. Kereta milik Johan seakan-akan bergerak sendiri sambil mengikuti gerak langkah Johan menari dengan gaya tersendiri.

VIDEO Johan yang rare kereta boleh gerak sediri hekhek : 

Johan jugak yang rare dance nya

Johan jugak yang rare dance nya

Posted by Video lagu jiwang viral on Wednesday, 18 July 2018

aku gelak dengaq satu rumah..

Loqlaq sungguh kan…

Sumber : IG era / soyalemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*