Hiburan
Wanita Ini 0bses Dengan Siti Nurhaliza Hingga Penuh Satu Rumah Gambar Dan Dua Almari Produk Simplysiti

Wanita ini terlalu 0bses dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hinggakan keseluruhan dinding di dalam rumah termasuk bilik utamanya dipenuhi gambar dan keratan akhbar penyanyi kesayangan ramai itu. Selain itu, dua almari dikhaskan menyimpan pelbagai produk kosmetik Simplysiti dan koleksi baju-T penyanyi terbabit.
Malah, dia juga sanggup membelanjakan RM2,600 membeli dua tiket semata-mata bagi menyaksikan konsert Siti Nurhaliza On Tour di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Mac lalu. Nor Aziah Abdul Aziz, 49, berkata, dia mula meminati penyanyi itu selepas menyaksikan persembahannya menyanyikan lagu Jerat Percintaan dalam pertandingan Anugerah Juara lagu 1996.
“ Saya terpegun dengan kemerduan suaranya menyanyikan lagu itu secara live kerana tidak ramai penyanyi berkebolehan sepertinya. Sejak itu, saya membeli surat khabar dan majalah yang mempunyai kisah penyanyi ini sehingga hari ini, ” katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana semua ahli keluarga termasuk suami Mustafa Kamal Ibrahim,54, turut meminati Siti Nurhaliza.
“ Ini memudahkan kami mengumpul lebih banyak koleksi berkaitan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.
“ Saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan tidak pernah terlepas menyaksikan konsertnya termasuk di Royal Albert Hall, London pada 2005, ” katanya.
Katanya, dia sanggup menyertai pertandingan sempena konsert itu selama dua minggu dan bersyukur kemenangan berpihak kepadanya apabila terpilih antara 22 peminat bertuah menyaksikan konsert itu secara percuma.
Selain itu, Nor Aziah berkata, dia gembira apabila penyanyi terkenal itu sudi memenuhi permintaannya iaitu mengunjungi kediamannya di Johor Bahru selepas memenangi pertandingan melengkapkan jurnal Siti Nurhaliza tiga tahun lalu.
“ Saya menunjukkan semua koleksi kepada beliau yang turut berasa terkejut kerana jumlahnya terlalu banyak. Kehadirannya penyanyi itu di rumah saya menjadi antara kenangan terindah dalam hidup kerana tidak ramai berpeluang seperti itu, ” katanya yang teringin bergambar bersama anak perempuan Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiah.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana R0se
Sumber: hmetro dan ig
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak