Semasa
Zarina minta Fizo Omar sedar diri gara gara komen ini

MALAYSIA: Terbaru menerusi halaman instagram Zarina Anjouli, gara gara komen yang ditinggalkan oleh Fizo Omar iaitu “Kesian plak aku tgk dia ni”. Nampaknya isu rayuan supaya kerajaan tidak meminggirkan pekerja industri kreatif makin berlarutan apabila berlaku perbalahan pendapat dalam kalangan selebriti. Terbaharu reaksi pelakon Fizo Omar terhadap video tegvran Zarina Anjoulie tentang gaya hidup mewah golongan artis mengundang kem4rahan aktres k0ntroversi itu.
“Kesian pula aku tengok dia ni,” demikian tulis Fizo pada ruangan komen di Instagram.
Komen ringkas Fizo itu kemudiannya difahamkan dibalas Zarina dalam nada kasar. Zarina membalas komen Fizo yang dipercayai ditujukan kepadanya.
“Kesian kat diri kau menumpang harta bini dulu dan cer4i, miskin balik lepas itu men4gih followers YouTube. Jadi, kesian kat diri kau,” kata Zarina.
Susulan itu ruangan komen pada posting berkenaan terus menjadi sasaran netizen yang rata-rata menyokong tindakan Zarina menegur semula pelakon drama Maaf Tak Indah itu.
Sebelum ini menerusi video Zarina yang tular pada Sabtu, dia menegvr sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.
Tegas Zarina artis tidak seharusnya merayu bantuan khusus untuk mereka, sebaliknya berkata inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat secara keseluruhan sudah memadai.
Tegvran itu dibuat berikutan luahan penyanyi Black Hanifah dan Tomok yang meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.
Dalam pada itu, Zarina turut memuat naik video meminta Fizo untuk menghargai peminat dan netizen yang selama ini menyokongnya sehingga menjadi seorang pelakon terkenal.
Malah, Zarina juga ada menasihati golongan selebriti untu sentiasa berpijak di bumi yang nyata kerana populariti mereka itu hasil daripada sokongan masyarakat.
“Fizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa, muka burvk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau masih mamat kampung. Ingat masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat juga yang beli.
Zarina menegur sikap segelintir artis.
“Apabila netizen dan peminat tengah susah, macam ini kau repay them back. Really? Sama macam artis-artis lain yang kata ‘oh tak bersyukur ke tak kenang budi selama ini kita dah hiburkan kau’.
“Lagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing.
“Ini maksud aku yang korang semua suka ambil kesempatan apabila waktu nak bisnes dan promosi barang pandai panggil peminat dan netizen suruh support,” ujarnya.
Sumber: Mstar
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak