Semasa
Zed Zaidi tampil bersuara mengenai bantuan artis, Mak Wan dibantu Seniman

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sudah menghantar barangan keperluan kepada pelakon veteran, Mak Wan yang berdepan kesempitan hidup selepas tiada tawaran kerja, sejak empat bulan lalu. Lebih memeritkan, penularan virus COVID-19 yang menyebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu. Semalam, BH Online melaporkan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku dan Kekasih Paksa Rela itu hanya tinggal duit RM20 dalam kocek, selain tak dapat keluar mendapatkan bantuan kerana tiada topeng muka untuk keselamatan diri.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, menerusi program Bantuan Inisiatif, mereka mengagihkan makanan dan keperluan bagi membantu meringankan beban penggiat seni termasuk artis dan kru produksi yang terjejas sepanjang arahan PKP hingga 14 April depan. Program berkenaan anjuran SENIMAN dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).
“Saya sudah menjadualkan menghantar makanan dan keperluan asas kepada Mak Wan ke rumahnya. Saya faham situasi yang menghimpitnya. Sebelum ini, saya mahu terus menghantar ke rumahnya, cuma terhalang berikutan sekatan jalan raya. Hari ini, SENIMAN sudah balai polis mengisi borang perjalanan untuk menghantar bantuan. Bukan sahaja Mak Wan terbatas pergerakan, ada ramai penggiat seni yang senasib dengannya. Kami cuba mengagihkan makanan dan keperluan asas mengikut kemampuan. Ada rakan artis yang baik hati menyumbang duit dan barang untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada BH Online.
Zed berkata, SENIMAN kekurangan dana untuk membantu lebih ramai penggiat seni.
“Saya sendiri mendahulukan wang untuk bantuan ini. Bagaimanapun, pada masa sama, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menawarkan bantuan kewangan. Cuma, proses bantuan ini mengambil masa selama beberapa minggu untuk diselaraskan. Dalam hal ini, saya tak boleh berkira dengan artis yang dihimpit kesusahan, walaupun kena berjimat cermat. Saya berdoa semoga virus COVID-19 segera berakhir,” katanya.
Zed berkata, dia mengambil pendekatan melakukan laman Instagram (IG) Live menerusi IG SENIMAN untuk membuka peluang kepada penggiat seni bersuara, semalam.
“Saya mendapat banyak panggilan penggiat seni meluahkan perasaan selepas segala-galanya tergendala. Saya melihat inilah ruang terbaik untuk membuka mata kerajaan. Suara penggiat seni perlu didengari, sekali gus masalah yang dihadapi sampai ke peringkat akar umbi. Jadi, kena perlu ada kesepakatan dan suara bersama. Soal mereka nak membantu atau sebaliknya, itu lain cerita. Golongan seni pun bayar cukai,” katanya yang akan muncul lagi dalam IG Live SENIMAN, jam 9 malam ini.
Katanya, SENIMAN akan sedaya upaya berusaha yang termampu demi membela nasib penggiat seni, tak kira karyawan mahupun kru produksi balik tabir.
“SENIMAN sedang memikirkan untuk melancarkan tabung COVID-19 bagi insan seni untuk menyalurkan bantuan secara berterusan,” katanya.
Mengulas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, Zed berkata, pihaknya masih berusaha mendapatkan satu keputusan kukuh mewakili penggiat seni.
Bukan semua penggiat seni senang lenang
“Saya dihujani pertanyaan penggiat seni yang buntu dengan nasib mereka pada saat PKP dikuat kuasa. Saya faham situasi dan tekanan yang dihadapi mereka. Orang luar harus ingat bukan semua penggiat seni hidup mewah dan kaya raya. Ia bergantung tawaran kerja. Saya mahu tekankan, penggiat seni diletakkan dalam golongan B40. Cuma, saya terfikir bagaimana cara pelaksanaan dan membabitkan agensi mana?” katanya.
Sumber: Berita Harian
-
ISU SEMASA3 years ago
Ada tujuh jenis coronavirus, Elak dekati haiwan peliharaan
-
KESIHATAN3 years ago
Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa
-
ISU SEMASA3 years ago
Anggota polis tinggi suara disiasat, Punca Sebenar gara gara untuk membeli makanan
-
ISU SEMASA3 years ago
Lelaki ditahan sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
-
ISU SEMASA3 years ago
“Kubur Paling Cantik Pernah Dilihat…” – Suami Arwah Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Bersama Penggali Kubur & Petugas Pengurusan Jenazah
-
ISU SEMASA3 years ago
Tak semua pelakon banyak duit, Seniwati Fauziah Nawi Luah Sesuatu
-
ISU SEMASA3 years ago
Tempoh PKP Mungkin dilanjut , Rantaian Jangkitan Belum Terputus
-
ISU SEMASA3 years ago
Rindu Jaga Kluster Tabligh, Siap Bagi RM5 Kepada Doktor Tanda Terima Kasih Buat Netizen Sebak